
|
sweet owner Hello Peeps ! Welcome to Super Awesome blog . I'm Myzaaatul as your boss . Please be nice to me :D Bigfoots! Credits!
| kesah cinta . #PART-SEVEN ![]() TENGKU Irfan mundar mandir di hadapan bilik kecemasan. Dia langsung tidak mempedulikan bajunya yang berlumuran dengan darah isterinya ketika mencempung tubuh isterinya untuk ke hospital. Panic dia melihat darah pekat yang mengalir tadi. Tidak putus-putus dia berdoa supaya isteri dan anak mereka akan selamat. Rasa kesal yang menggunung membelasah hatinya. Sepanjang perkahwinan mereka, wanita itu sudah terlalu lama menderita. Bertahan dengan sikapnya yang dingin. Tapi bukan ini balasan yang patut diterima wanita itu bukan ini caranya. Hati lelakinya menangis dalam hati. Dia terlalu risau dengan keadaan isteri dan anaknya. Matanya memandang pintu bilik kecemasan yang sejak tadi tertutup rapat. Mahu sahaja dia merempuh pintu itu untuk mengetahui perkembangan anak dan isterinya. Tiba-tiba pintu di hadapannya terkuak. Seorang doctor wanita cina keluar dari dalam. "Tengku Irfan?" "Yes," "I’m Dr Li June. Your wife’s gynae," "How’s my wife Dr? Is she ok? Our baby?" "Let me make this straight ye Tengku. Hopefully you can accept what I’ll tell you," Tengku Irfan mendengar. "Begini Tengku. Your wife is already at her third stage of her breast cancer. We found out about the cancer when she was 6 months pregnant. I did advise her to abort the baby to save her life. But she refused. She wanted to carry on with the pregnancy. And with her being pregnant, she’s not advised to undergo the treatment to prevent the cancer from affecting her system. So her cancer becoming worse to worst day to day. And now, her cancer had affected her pregnancy. She’s critical now Tengku,"terang doctor muda itu panjang lebar. Tengku Irfan terduduk di atas kerusi. Terkejut dia mendengar penerangan doctor cina itu. Rupanya selama ini, isterinya itu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Sama seperti dia yang telah merahsiakan tentang perkahwinannya dengan Iman. ‘Ya TUHAN! Apa aku dah buat ni? Kenapa semua ni terjadi pada Yasmin?’ "What can we do to save her life, Dr?" "The only way is to operate her. But I can’t assure you anything Tengku. It’s either her or the baby. 50-50 chance," "Save my wife, Dr. Save her," hampir tidak terkeluar suaranya ketika ini. Dia tahu betapa bermaknanya anak mereka kepada isterinya itu. Tapi dia tidak mahu kehilangan wanita itu. Wanita itu sudah terseksa kerana dia. Dia harus memperbetulkan semua kesalahannya pada wanita itu. Dia mahu membahagiakan isterinya itu. Cinta buat wanita itu sudah bersemi dalam hatinya akhir-akhir ini. Tapi berat mulutnya untuk mengaku pada wanita itu. Dia tahu lelaki sepertinya tidak layak untuk mendapatkan cinta milik wanita itu. Wanita yang mempunyai sekeping hati yang begitu mulia. Dia pula seorang lelaki yang tidak tahu menghargai pengorbanan seorang isteri yang begitu tulus. Dia gagal sebagai seorang suami! "I’m so sorry Tengku. But Tengku Yasmin had signed the form saying that she wants her baby to be safe no matter what will happen to her," "She did what?" "Yes Tengku. I’m so sorry again," Doktor Li June mula melangkah pergi. "Can I see her Dr?" "Sure Tengku," |